Levered

Recognized Contributor 

Pandang Pertama: Sony Xperia T2 Ultra

SONY XPERIA T2 ULTRA ( D5303)


Paparan              Jenis:  IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors

                              Saiz :  720 x 1280 pixels, 6.0 inches (~245 ppi pixel density)

                              - Triluminos display
                              - Mobile BRAVIA engine 2

                              - Skrin sesentuh sehingga 10 jari


Memori               Dalaman:   8 GB, 1 GB RAM 

                             Luaran: Sehingga 32GB, microSD

                             Chipset : Qualcomm MSM8928 Snapdragon 400

                             CPU :  Quad-core 1.4 GHz Cortex-A7

                             GPU :  Adreno 305


Kamera              Belakang:  13 MP, 4128 x 3096 pixels, autofokus, LED flash

                             Video:        Ya, [email protected], video stabilization, HDR

                             Hadapan:    Ya, 1.1 MP, [email protected]


Lain-lain             OS: Android 4.3 (Jellybean), dalam perancangan dipertingkat ke Android 4.4.(Kitkat)

                             Sensor:  Accelerometer, gyro, proximiti, kompas

                             GPS:  Ya,  menyokong A-GPS  dan GLONASS

                             Aktif pembatalan bunyi bising pada mikrofon


Bateri                 Li-Ion 3000 mAh battery

                            Tidak boleh ditanggalkan

Kredit: Nelson Ling kerana memuat naik video diatas

Sony Xperia T2 Ultra dan T2 Ultra Dual telah dilancarkan semalam untuk pasaran Malaysia. Peranti ini dijual pada harga yang berpatutan dalam keluarga peranti phablet di pasaran negara ini iaitu berharga lingkungan RM1299. Pada mulanya, penulis hampir tekeliru dengan peranti Sony Xperia Z Ultra walaupun saiz skrin lebih besar sedikit daripada peranti ini. Perasaan pertama menyentuh peranti amatlah terkejut apabila merasa ia lebih ringan dan besar di telapak tangan penulis. Walaubagaimanapun, badan peranti ini tidaklah dikatakan premium kerana hanyalah menggunakan daripada bahan plastik berbanding peranti Sony Xperia yang terdahulu. Justeru itu, kesan cap jari penulis sentiasa melekat pada badan peranti ini. Kontranya,  peranti ini bukanlah peranti kalis air yang telah Sony lancarkan seperti Sony Xperia Z Ultra.


Paparan


Dengan diperkasakan dengan skrin sebesar 6-inchi disamping menggunakan teknologi Triluminos Display membolehkan kualiti skrin peranti ini amatlah memuaskan berbanding peranti Sony Xperia terdahulu. Tambahan pula, dengan tambahan fungsi Bravia Engine 2 pada peranti ini, memberikan gambar ataupun video lebih tajam dan menarik dipandang mata penulis. Pada pandangan sudut sehingga 160 °, skrin peranti ini masih boleh diperlihatkan dengan kualiti gambar yang menakjubkan.



Badan


Badan peranti ini diperbuat daripada plastik bukanlah kaca yang sekali imbas seperti kerangka Sony Xperia Z Ultra. Walapun begitu, badan peranti ini amatlah ringan dan selesa digunakan walaupun tapak tangan penulis ini kecil. Dengan penambahan fungsi One-Handed Function , semua aplikasi sony dioptimasikan penggunaan sebelah tangan. Ini memudahkan penulis untuk menaip mesej dan lain-lain lagi.


Kamera


Kamera pada peranti ini diperkasakan dengan resolusi 13 Megapiksel dengan sensor Exmor-RS disamping menyokong rakaman video definisi penuh sehingga 1080 piksel. Penulis amat menyukai kamera peranti ini kerana fokus kamera ini lebih pantas mengesan objek yang ingin difokuskan. Tambahan pula, istemewa pada peranti ini, Sony telah menambah fungsi flash pada kamera peranti ini berbanding keluarga phablet sony terdahulu iaitu Sony Xperia Z Ultra yang mendapat kritikan daripada pengguna dan blogger . Sony juga menambah fungsi kamera yang tiada pada peranti Sony Xperia lain iaitu Potrai Retouch. Fungsi ini anda dibolehkan menggubah kesan khas apabila anda ingi melakukan selfie walaupun tanpa make-up. Pada pandangan penulis, fungsi ini dapat menarik minat kepada gadis-gadis diluar sana yang menyukai melakukan selfie walaupun tanpa make-up.


Prestasi 

 

Sony Xperia T2 Ultra ini, diperkasakan dengan memori sehingga 1GB RAM disamping dijalankan dengan 1.4Ghz Quad-core CPU. Walaupun hanya diperkasakan 1GB  RAM, prestasi peranti ini  masih menakjubkan bagi penulis kerana masalah lengah masa dapat dikurangkan. Justeru, amat sesuailah peranti ini di dalam kategori peranti pertengahan berbanding peranti lain. Berdasarkan penanda aras yang telah dilakukan pada peranti ini, jumlah markah dengan menggunakan aplikasi AnTuTu Benchmark, peranti ini mendapat jumlah markah sebanyak 19451. 



Pro 


  • Skrin yang besar dan selesa digunakan pada sebelah tangan
  • Harga yang berpatutan dalam kategori phablet pertengahan
  • Kamera yang menakjubkan
  • Kualiti skrin setanding dengan skrin IPS peranti lain

Kontra

  • Memori dalaman hanya sehingga 8GB sahaja
  • Hanya diperkasakan 1GB RAM 
  • Badan yang diperbuat daripada plastik yang memudahkan kesan cap jari melekat
  • Bateri tidak boleh dicabut


Penulis:

Levered

Recognized Contributor

XDA Developers


Tinggalkan komen anda mengenai telefon ini